It’s Friday today! Friday again! Friday, yes, but with a different flavour and anticipation as the hour unpacks itself to reveal the weekends….soon. ‘KasihMu tiada duanya’ is playing on my pc now, channeling through my earphones into my soul. It’s an Indonesian-produced album with great worshipful music and song. Borrowed it from Judy as I was preparing to lead with Yann Nong for Saturday’s cell meeting. The music is setting the tone and mood for me now as I write.
My task for the weekends in Batang Melaka among the indigenous people isn’t much. Apart from co-leading worship in a cell fellowship, I’m to assist Derek and Esther on Saturday and Shin Yee on Sunday with the children’s ministry. I managed to write a song for this trip. Have not written one since the last farewell song for Headstart Melaka 2005. Shin Yee wrote the lyrics and the tune came at night whilst I was driving back from my sister’s place. All credit goes to God actually, for all songs that I’ve written so far come from Him. That I know, as I could not write anything unless I feel the burden and inspiration to do so and have committed to Him before hand.
I’m here to write a testimonial in the Malay language actually. Terk has asked me to prepare one…you-know-lar…the ‘just in case’ scenario. Terk and Shin Yee would be sharing. Well, no harm preparing one actually. It takes great effort to switch tongue though…
Kesaksian ku.
Tuhan yang Maha Berkuasa juga merupakan Tuhan yang penuh dengan kasih sayang, dan kasih sayangNya tidak tertakluk kepada sesuatu bangsa, kaum atau sesetengah individu sahaja. KasihNya menyeluruh, penuh dan berkekalan.
Beginilah antara kesaksian-kesaksianku tentang kasih sayang dan kesetiaanNya yang berkekalan diingatanku sehingga ke hari ini. Kerap-kali ku berpendapat bahawa masalah-masalah yang dihadapiku dan cabaran-cabaran yang harus ditempuriku terlalu remeh, tidak mustahak, tidak bermakna langsung bagi sesiapa pun, tetapi Tuhan tahu. Tuhan memahami dan Dia menjawab.
Pada suatu petang, selepas kelasku tamat, ku berjalan pulang. Keadaan pada masa itu sudahpun gelap, dan bintang-bintang sudah kelihatan di langit yang kian malam. Ku berjalan keseorangan, diiringi kata-kata cikgu yang kedengaran berulang di cuping kepalaku. Lukisan dan hasil kerjaku kurang memuaskan kali ini. Dalam kekecewaan, perasaan kesunyiaan mula mencengkami jiwaku.
‘Ku kena balik masak ni...masak sendiri, makan bersendirian. Selepas itu, kenalah aku memperbaiki lukisan-lukisanku...’ Keluhan jiwaku ini...
Aku menetap di rantau asing pada masa itu, jauh dari kampung halaman, jauh dari segala yang sudahku biasakan diri dengan.... di tempat baru, sekolah baru...kepada siapakah yang dapat saya mengadu? Kawan-kawan pun semuanya baru dan tinggal di tempat yang lain. Kesunyian yang telah mengundang rasa kasihan pada diri sendiri memjadikanku berasa rendah diri. Tiada sesiapa pun yang tahu. Tiada sesiapa pun yang kisah.
‘Adakah Engkau memahami perasaanku ini, Tuhanku?’ Aku menyoal Tuhanku.
‘Temanilah aku dan hiburkanlah hatiku sekarang...datanglah....Namun, Tuhanku, apalah masalahku ini berbanging dengan masalah orang lain? Siapalah aku ini yang harus Engkau mengambil kisah tentang...Engkau di syurga...’
Tiba-tiba, telefon bimbitku berbunyi. Salah seorang daripada kawan baruku yang tinggal di asrama sekolah menelefonku. Katakannya bahawa juru kantin itu tidak mengambil tiketnya walaupun dia sudah mengambil makanannya dan kini tiket itu boleh digunakan lagi untuk mengambil makanan percuma.
‘Cepatlah datang,’ pelawanya.
‘Kenapa aku?’
Jantungku tiba-tiba berdenyut pantas. Debaran yang dicetuskan rasa gembira berpilin rasa kurang percaya!
‘Adakah ini benar? Aku tidak perlu balik masak, makan keseorangan lagi?’
‘Adakah ini benar? Bahawa Tuhanku, Engkau benar-benar memahami perasaanku ini?
Luarbiasa!
Mukjizat!
Terima kasih, Tuhanku.
Semanjak hari itu, perasaan sunyi dan keseorangan diri telahpun berubah wajah pada diriku. Aku kini yakin bahawa Tuhan benar-benar memahamiku dan mengambil kisah tentang diriku ini. Aku yakin aku tidak keseorangan diri lagi, biarpun di mana jua kerana walaupun Tuhan menetap di syurga, Dia juga berada disampingku setiap masa.
Tuhan yang Maha Berkuasa juga merupakan Tuhan yang penuh dengan kasih sayang.